Bolehkah saya memohon untuk memadam akaun Tazee saya?
Ya, anda boleh mengemukakan permohonan untuk Pemadaman Data Peribadi / Pengpadaman Akaun. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tertakluk kepada proses pengesahan identiti dan semakan status akaun sebelum ia boleh diproses.
Bagaimanakah saya boleh memohon untuk memadam akaun saya?
Bagi memastikan keselamatan akaun, permohonan mestilah dibuat dan disahkan oleh pemilik akaun.
Anda boleh menghantar permohonan dengan menghantar e-mel kepada help@tazee.my menggunakan:
- Alamat e-mel berdaftar anda, atau
- Nombor telefon berdaftar anda melalui aplikasi Tazee
Sekiranya anda tidak dapat mengakses e-mel atau nombor telefon berdaftar anda, sila berikan dokumen berikut untuk tujuan pengesahan:
- Selfie bersama MyKAD anda , dan
- Borang Permohonan Pemadaman Data Peribadi yang telah lengkap diisi dan ditandatangani
Setelah proses pengesahan berjaya diselesaikan, kami akan meneruskan permohonan pengpadaman akaun anda.
Mengapa saya perlu mengesahkan identiti sebelum memadam akaun?
Pengesahan identiti diperlukan untuk memastikan permohonan dibuat oleh pemilik akaun sebenar serta melindungi maklumat peribadi anda daripada permohonan yang tidak dibenarkan.
Bolehkah saya memadam akaun jika saya masih mempunyai pembiayaan aktif?
Tidak. Kami tidak dapat meneruskan permohonan pemadaman akaun sekiranya akaun anda masih mempunyai pembiayaan aktif dengan Tazee.
Semua pembiayaan aktif perlu diselesaikan sepenuhnya dan akaun perlu ditutup terlebih dahulu sebelum permohonan pengpadaman akaun boleh diproses.
Setelah status pembiayaan anda telah diselesaikan sepenuhnya, anda boleh menghantar permohonan baharu untuk semakan kami.
Berapa lama proses pemadaman akaun akan mengambil masa?
Selepas permohonan dihantar, ia akan melalui proses semakan dan pengesahan bagi memastikan semua keperluan telah dipenuhi sebelum tindakan pengpadaman akaun dilaksanakan.
Setelah permohonan diluluskan, proses pengpadaman akaun akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam bekerja.
Apa yang akan berlaku selepas akaun saya dipadamkan?
Setelah proses pengpadaman akaun selesai:
- Akaun anda tidak lagi boleh diakses.
- Anda tidak lagi boleh log masuk menggunakan maklumat akaun sedia ada.
- Semua komunikasi pemasaran dan berkaitan perkhidmatan akan dihentikan.
Pihak kami akan memaklumkan anda setelah proses pengpadaman akaun selesai dilaksanakan.
Adakah saya masih boleh mengakses akaun selepas ia dipadamkan?
Tidak. Setelah proses pengpadaman akaun selesai, anda tidak lagi boleh mengakses akaun Tazee atau log masuk menggunakan maklumat akaun sedia ada.
Mengapa permohonan pemadaman akaun saya ditolak?
Permohonan anda mungkin tidak dapat diluluskan sekiranya:
- Akaun anda masih mempunyai pembiayaan aktif dengan Tazee, atau
- Proses pengesahan yang diperlukan tidak berjaya diselesaikan
Sekiranya pembiayaan anda telah diselesaikan sepenuhnya dan akaun telah ditutup, anda boleh menghantar permohonan pemadaman akaun baharu untuk semakan kami.
Adakah saya masih akan menerima komunikasi selepas akaun saya dipadamkan?
Tidak. Setelah proses pemadaman akaun selesai, semua komunikasi pemasaran dan berkaitan perkhidmatan akan dihentikan.