Kami berusaha menyediakan proses pengkreditan pembiayaan yang cepat dan efisien. Setelah pembiayaan anda diluluskan dan transaksi Tawarruq selesai, dana (selepas sebarang potongan awal) akan dikreditkan ke akaun bank peribadi anda.
Anda akan menerima notifikasi melalui SMS dan emel sebaik sahaja pembiayaan berjaya dipindahkan. Matlamat kami adalah untuk memproses dan mengkreditkan dana dalam 24 jam bekerja.